Tuesday, May 05, 2015

Pengalaman Sehari "NO Screens" bersama Si Comel

Korang pernah dengar kan too many screens (TV, iPad, Phone and all other gadget)  are bad for kids kan? Maksu ni dah mula risau bila tengok falisha (2 tahun setengah)  dah macam ketagih dengan youtube. Bangun pagi mesti mintak nak tengok ABC song sampai dia dah kenal semua huruf abc sampai z, 1 to 10...semua object yang relate dengan ABC-Z semua dia dah kenal dan boleh sebut. 

But what worries me is after reading articles in the internet that, kids with too many screens will less focus in the class, less creative, kurang motor skill etc. Sebenarnya maksu ada pengalaman sendiri dengan kak long. Masa kak long was toddler (now she 11 already) that time and maksu bekerja.  Kaklong di jaga oleh pembantu rumah. Setahu maksu, Kak long memang membesar bersama-sama disney channel. TV sajalah yang boleh mendiamkan kaklong sementara bibik buat kerja-kerja rumah. Bila kaklong mula masuk tadika, cikgu komplen yg kaklong tak boleh focus dalam kelas dan bermain dengan imaginary friend dia saja di belakang kelas.  Itu dululah, tapi sekarang...alhamdulillah...dah besar panjang pun. Perangai lain pulak yang muncul. Tapi maksu kadang-kadang boleh notice lah dia masih boleh duduk diam dan berangan sorang-sorang. 


Apa yang bagus pasal kak long ni yang maksu perasan ialah english dia memang power dari dia kecik lagi compare ngan adik-adik dia,  hasil asuhan disney channel hihihi..  Kak long pun sekarang suka menulis and banyak imagination.  Cikgu selalu puji cara dia menulis.  Sangat creative. 

Nak tengok karangan yang dia pernah tulis? Boleh baca kat link bawah: 

Yang ni pula blog kak long yang maksu buatkan untuk dia. 


Ok sudah cerita pasal kak long. Berbalik pulak pada kisah falisha. 

 Bukankah budak-budak ini sepatutnya bergolek-golek bermain dengan bola?


Misi hari ni maksu nak kurangkan screens. Termasuk TV dan phone. Maksu memang takde iPad. Yg ada hanya tablet sahaja. Tablet pun maksu guna masa travelling je. Itupun dah macam ketagih dah si comel falisha ni. 

So..apa maksu buat? Keluar dari comfort zone!

Pagi lepas balik dari hantar budak-budak sekolah,  terus mandikan dia. Bagi dia main buih sekejap.
Lepas tu bacakan buku kat dia. Mula-mula dia tak mau. Dah mula mintak abc song. Maksu kata abc song rosak. Dia dah mula menangis. Maksu buat dekkk je. Continue membaca...lepas tu dia dah mula mai duduk ngan kita dan tunjuk gambar-gambar dalam buku tu dan sebut satu satu apa benda yg dia tahu....good start! Hihihi. 

Tak sampai 10 minit dia dah boring...maksu bukakan lego kat dia..ok senyap kejap dia dengan lego. Maksu uruskan laundry sekejap. Lepas tu dah mula.merengek...maksu korek-korek mainan lama..tuang mega block...ok main mega block pulak.  Lepas tu main dengan abubu dan inky (anak kucing). Lepas tu maksu biar je main sendiri-sendiri...sekali sekali mai kat maksu mintak abc song...maksu ignore. Last-last maksu bagi botol susu bagi dia minum. Maksu ke dapur kejap nak mula masak. Bila maksu ke ruang tamu semula tengok dia dah tertidur sendiri kat sofa hehehe... 

Yeayy... misi berjaya sampai tengahari alhamdulillah.  

Sebelah petang pulak, maksu bagi can tengok ABC song sejam, then malam dapat main handphone abah lepas pujuk rayu kat abah...siap hug, peluk, cium semua.

Berapa tips yang  maksu nak simpulkan kat sini kalau nak freekan anak-anak dari screens :

1. Mak ayah kena FREE kan diri dengan screens jugak. Janganlah tak bagi anak tengok main iPad, tapi mak ayah dok belek HP kan. 

2.  Bila banned anak-anak daripada screen, so parents kenalah sediakan alternatif untuk anak-anak. Boleh check kat internet macam-macam game boleh buat kat anak-anak, antaranya, playdoh, main buih, make simple cookies, main dengan kotak dan macam-macam lagi. 

3. Parents kena bersabar bila anak-anak buat sepah satu rumah. 

4. Bagi maksu, maksu tak banned terus screens ni. Ada manfaat jugak bila budak-budak tengok TV, main game, cumanya janganlah keterlaluan atau overdose. So, maksu catukan waktu anak-anak menghadap screens.


 
Falisha melompat di setiap nombor yang disebut dengan betul

P/s..falisha dulu ni late walker sebenarnya. Setahun 8 bulan baru berjalan. Tapi Alhamdulillah sekarang dah pandai menyanyi, kenal ABC sampai Z, 1 sampai 10. Maksu ada cerita pengalaman maksu pasal falisha lambat berjalan. Boleh baca kat SINI.

Falisha memang suka makan Omegaguard Shaklee. Sehari maksu bagi dia makan sebijik. Kadang-kadang mintak lebih pulak tu! Alhamdulillah, maksu rasa tak rugi sedikit pun invest duit untuk kesihatan dan kebaikan anak-anak. Kalau nak tahu lagi pasal Omegaguard Shaklee, nak order ke, boleh PM maksu ye.



Ok..Good Luck u olls!

Ilal liqa
Maksu Cerita Hangpa Baca
SMS : 016 4048891
WhatsApp : +974 55273585
Facebook :  https://www.facebook.com/norhanim.abuhassan

No comments: