Thursday, April 30, 2015

Mesej Sebenar Lagu Kun Anta : Hayati Liriknya

Maksu ni sebenarnya memang suka nasyid zaman muda muda dulu..bermula dengan zaman Nada Murni lagi, sampai di komersialkan dengan Raihan, Rabbani, Nowseeheart, The Zikr..haa sebut saja, semua maksu tau. Kat rumah bertape-tape album nasyid dok ada. Lani ntah mana pi pun tak tau.

Bila dah tua-tua ni dah sedar diri sikit..dah tak amik kisah sangat perkembangan nasyid kat Malaysia. Tapi baru-baru ini maksu terdengar nasyid Kun Anta ni, best pulak. Selalunya maksu tak berapa suka sangat lagu arab, tapi bila perhatikan liriknya yang menarik dan chorus yang cantik, maksu dah jatuh cinta..ehh..jangan salah paham pulak. Bukan dengan penyanyi nya yaaa...dengan lirik dan melodi nya sahaja.

Tuesday, April 21, 2015

Anak Nak Exam, Mak Yang Gelabah? Apa yang Mak boleh bantu?

Semalam, hari ni dan esok kak long ada exam. Kak long sekarang di Year 6 dan sebelum berakhirnya term terakhir ini (term yang akhir ni akan berakhir pada end of June), semua pelajar year 6 kena ambil Primary Check Point yang maksu kira untuk assess setakat mana tahap kefahaman budak-budak selama berada di Primary school. Kertas-kertas soalan ni dikeluarkan dari Cambridge dan akan dimark oleh external parties di Cambridge, UK. Result akan di hantar balik pada June ini. Wahh...nebes maksu tau...