Tuesday, November 03, 2009

Abah tak jadi balik

Abah tak jadi balik khamis ni. Plant shutdown le plak. Abah tak dpt balik sebab kena jaga plant. hmm..sayang sungguh abah kat plant. Takpe, abah kerja kuat dpt duit lebih sket kan? boleh simpan duit utk kegunaan di masa akan datang. kot2 umi nak benti kerja setaun dua lagi. Boleh la abah bagi modal utk bisness umi. hihihi.... :)

So, dpt la umi join kak long ihtifal ahad ni. seronok la jgk. bole la amik gambaq kak long byk2. kak ngah pun sama. umi bangga ngan anak2 umi yang pandai ni.

Kita maybe balik jumaat or sabtu minggu depan. Jumaat ni umi nak kena follow up ngan guru besar al amin gombak. nak tahu keputusan samada kak long dpt ditukarkan ke tak. kalu ddapat alhamdulillah. hari2 umi mintak doa kat Allah supaya ALlah bagi yg terbaik kat keluarga kita. kalu pindah ke gombak itu yang terbaik, maka ya Allah, kami mohon semoga permohonan kami diluluskan. tetapi, sekiranya sebaliknya, kami redha dengan ketentuan Mu Ya Allah..

Saturday, October 31, 2009

seminggu lagi...

Seminggu lagi abah balik penang. Pastu, umi, abah & fawzan balik kl dulu tau. Sebab kak long & kak ngah nya ihtifal 8hb ni. So, umi plan, kak long & kak ngan stay ngan tok dulu kat kampung. Week after that umi balik penang, jemput kak long & kak ngah balik kl. Umi & abah kena balik kl dulu sbb nak uruskan sekolah kak long, nak settle kan rumah. Byk lagi barang keperluan yang nak kena beli. Umi harap anak2 umi faham ye.

Tak lama lagi umi dah nak kena kerja. So, anak2 umi kena duduk ngan bibik. Behave tau. Fawzan kecik lagi. So, bibik kena beri perhatian lebih sket kat dia. Anak2 puan umi kena belajar berdikari. Takleh manja2 lagi. Semua benda kalu boleh, belaja buat sendiri. Mandi sendiri, pakai baju sendiri, etc..ok?

Skang ni yang umi risau..process pemindahan sekolah kak long ni. Dpt tukar ke tak..Ya ALlah..Engkau lembutkan hati Guru Besar sek al amin Gombak. Kalu ini yang terbaik bagi keluarga kami, engkau lembutkan hati Guru Besar al amin Gombak untuk meluluskan rayuan kami ni.

Tuesday, October 27, 2009

Hidup lebih berseri dengan kehadiran baby Fawzan Hadif..syukur ALhamdulillah

Fawzan Hadif selamat dilahirkan ke dunia pada 15 sept 2009. Anak lelaki pertama kami. Syukur alhamdulillah kami rafa'kan pada Allah swt di atas nikmat yang dikurniakan ini.

Byk cerita terkini yang nak dituliskan, tp biarlah diringkaskan shj.
Btw, diri ini dibahasakan sebagai umi, supaya blog ini menjadi tatapan anak2 umi bila umi sudah takdak lagi.

1. Umi dah dipindahkan ke KL pada ogos 2009. Susah ooo umi nak mintak pindah. Tp yang sedihnya, abah tak dpt pindah lagi buat masa terdekat ni. So anak2 umi jgn la nakal2 sgt. Kena byk tolong umi sbb abah jauh ngan kita.

2. Skang ni umi ngan abah tgh cari rumah sewa kat area keramat/setiawangsa..tp tak jumpa. Umi kesian kat makcag & pakcik sbb kena buat muka tak malu pi terjah ja tanya org kot2 ada rumah2 kosong yg bole disewa. Tp, takdak yang berkenan. Sekulung terima kasih di atas pengorbanan utk adik depa.

3. Lani umi & abah tengah usaha nak pindahkan kak long ke sek al amin di gombak. kalu dpt pindah, bole la kita stay kat gombak. Area gombak org cakap byk jgk umah sewa & strategik sket.

4. Kak long & kak ngah (dulu adik) dah dpt adik boy..fawzan hadif. Kak long & kak ngah suka sgt nak main ngan fawzan. Kekadang umi naik rimas dan nak marah sbb fawzan bukannya besar lagi. Kalu setakat urut2 kaki, tangan fawzan ka..acan ka..peek a boo ka..ok la..ni cium muka & kepada dia beribu2 kali. Tu yg umi tak berkenan tu. Bukan apa, takut fawzan sakit plak nnti. Kena kuman selsema / batuk.

5. Kak long & kak ngah sekolah kat pasti guar jering skang ni..periksa dah abih. Cikgu kata kak long xnak focus sgt dlm kelas. Buat ujian pun tak abih..umi tahu, kak long tak matured lagi. takpa..moga kak long besar esok, perangai kak long tu berubah. Kak ngah plak, cikgu comment ok..bole focus dlm kelas. Anak2 umi ni nnti besar esok jadi org yg berguna, pejuang agama Allah, dan berbakti pada umi & abah tau..

okla. umi ada keja sket ni. nak p kedai makcag, nak fax surat mintak pindah sekolah kak long.

wassalam

Sunday, June 14, 2009

26 weeks

Fuhh..dah 6 bulan tak terupdate blog ni.
Btw, saya 26 weeks pregnant now. 98 days to go..(according to Lylie's). Dah scan..InsyaAllah it is a boy..:). Moga anak umi ni, bila dah besar kelak menjadi seorang mujahid & pejuang agama Allah yg soleh. Dah besar nnti jaga umi & abah baik2 tau..:)

InsyaAllah, due bulan 9..hari raya. tp disebabkan saya dah 2x c-section, so doc suruh c-sec jugk kali ni. Disebabkan dgn itu, saya kena operate 2 minggu sebelum due date. So, saya pilih 9/9/09 :). Pertengahan bulan Ramadhan. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan bersalin nnti.

Sedikit update kak long & adik

Kak long dah dpt baca magazine ana muslim, iqra' buku 6. Now I have to focus more on her jawi and math. arabic some more. Mudah-mudahan dia dpt buat ujian nnti.

Adik - 24/6 ni akan sambut besday dia yg ke-empat. Very talkative and kelakar..pengubat stress bila balik kerja.

okla..update utk kali ini..

Saturday, January 31, 2009

Sarapan apa?

Hari ni masak bubur..
Kak long & adik tak bapa sehat. Batuk kuang kuang dari mlm semalam..

Mcmana masak bubur? huhuhu..resepi yang paling mudah di dunia ini..

ayam dipotong kecik
beras
halia
garam secukup nya
air secukup nya
semua bahan2 di atas dimasak sampai la menjadi bubur..

bahan2 sampingan: ikan bilis goreng, telur masin, kacang goreng dan bawang goreng untuk menambahkan perisa...

Selamat mencuba.
Note:sukatan tu pandai2 sendiri la..hehehe..

Sunday, January 25, 2009

30 seconds update

My conversation with adik..

Me : Adik..adik anak sapa?
Adik :..adik anak umi lah..

Me : Umi anak sapa?
Adik : umi anak tok..

Me: pandai nya anak umi..(i though it stop there)
Adik : tok anak sapa umi?

Me :...tok anak toknek..
Adik : ..oohh anak toknek

:)

With kak long :

Me : Kak long..this pictures is about getting bigger..big, bigger and biggest.. (sambil tunjuk gambar dlm buku)

Kak Long : Bukan la umi..this one small, medium..big..
Me : Errkk..ok..

:p

Well, both of them like chatter box. Kalu dlm keta, gaduh2 nak cakap dulu.. kene take turns.. penat melayan. But, all of this are wonderful moment for a mother. Though it was tiring but actually not tiring at all!.. teringat lagu lama2 al-arqam dulu..
anak2 adalah cahayamata..penhibur hati,penyejuk mata..nikmat Allah yang paling bahagia..hmm tak ingat dah..amanah Allah yang paling berharga..