Tuesday, April 21, 2015

Anak Nak Exam, Mak Yang Gelabah? Apa yang Mak boleh bantu?

Semalam, hari ni dan esok kak long ada exam. Kak long sekarang di Year 6 dan sebelum berakhirnya term terakhir ini (term yang akhir ni akan berakhir pada end of June), semua pelajar year 6 kena ambil Primary Check Point yang maksu kira untuk assess setakat mana tahap kefahaman budak-budak selama berada di Primary school. Kertas-kertas soalan ni dikeluarkan dari Cambridge dan akan dimark oleh external parties di Cambridge, UK. Result akan di hantar balik pada June ini. Wahh...nebes maksu tau... 


Kalau nak tahu lebih details lagi pasal Primary Check Point ni boleh check kat link ni 

http://www.cie.org.uk/programmes-and-qualifications/cambridge-primary/cambridge-primary-checkpoint/

Maksu nak bagi tip sikitlah kat korang semua antara tips-tips yang mak mak boleh buat sebagai usaha nak bantu anak-anak menghadapi exam.
1. Sebelum exam, pastikan anak-anak dapat rehat yang secukupnya. Lagi sehari nak exam, pastikan anak-anak dapat tidur yang cukup. Jangan dok paksa depa study sampai larut malam pulak.  Jatuh sakit anak tu...haaa..langsung tak dapat buat exam.

2. Hari-hari bantu anak-anak dengan memberi kata-kata positif dan semangat supaya anak-anak yakin dengan diri sendiri. Jangan dok rasa was was dengan kemampuan anak-anak pulak. Jangan sesekali dok rasa iishhh...boleh ka anak aku buat exam ni. Ataupun dok pi kata kat dia pulak..."Hang ni...boleh buat ka ni exam esok?" Tapi sebaliknya kata macam ni kat anak "Aina mesti boleh buat exam ni, insyaAllah"


Antara kertas-kertas soalan yang maksu download
3. 2-3 hari sebelum exam, download past question dan mark scheme. Maksu lega sebab dalam website banyak ada simpan past-past question dengan mark scheme sekali. Alhamdulillah. Maksu download soalan-soalan dan bagi kat kak long buat. Maksu mark based on mark scheme and discuss dengan kak long apa yang salah. Rasa macam cikgu pulak maksu 2-3 hari nih. Lepas exam hari pertama, Kak long bagitau discussion dengan ummi on past question banyak membantu dia menjawab soalan, alhamdulillah.

4. Buatkan jadual exam untuk anak. Macam maksu, maksu suruh kak long buat sendiri. 



5. Jangan bagi anak stress dengan harapan mak ayah. Just bagi harapan supaya anak-anak dapat buat yang terbaik.  Dapat A atau B atau C dan lain lain bukanlah kayu ukur kemana anak-anak kita bila besar nanti. Yang penting mereka soleh dan berbakti pada mak ayah.

6. Sebagai seorang mak, doa yang baik-baik saja untuk anak. Jangan putus-putus. Dalam solat, lepas solat, mintak kat Allah. Mak maksu selalu bagi tips kat maksu cara dia tolong maksu dan adik beradik yang lain masa exam. Mak maksu tak sempat belajar pandai sampai peringkat sekolah menengah, tapi mak maksu bijak! Mak tak dapat nak tolong ajar buat homework, tolong download kertas-kertas soalan, tapi apa yang Mak buat, Mak akan berpuasa pada hari kami adik beradik exam dan baca surah Yassin. Alhamdulillah, berkat doa mak, kami adik beradik dah menjadi orang berjaya sekarang. Terima kasih Mak...Luv U.

7. Pastikan anak-anak mendapat nutrisi dari pemakanan yang baik. Walaubagaimanapun, ini bukanlah usaha jangka pendek, tapi ianya adalah satu usaha jangka panjang. Nutrisi yang baik dapat memberikan kesihatan minda dan fizikal pada anak-anak supaya lebih fokus semasa pembelajaran. Kalau selalu sakit, macamana anak-anak nak belajar dengan baik bukan? Maksu pastikan anak-anak maksu mendapat nutrisi dari pemakanan harian yang maksu masak sendiri dan sebagai makanan tambahan, maksu amalkan Set Kanak-Kanak dari Shaklee, alhamdulillah. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

InsyaAllah, mudah-mudahan tips yang tak seberapa ini membantu mak mak dalam menghadapi anak-anak yang exam. Lagi-lagi exam yang high level. Kadang-kadang anak rilek aje, tapi yang over gelabahnya mak. Macam mak pulak yang nak ambil exam. Hihihi..

Ok, Wassalam
Ilal liqa'

Maksu Yang Bercerita, Hangpa Baca


No comments: