Hari ni lepas balik dari kelas agama, ummi
singgah sebentar di supermarket yang baru siap dekat rumah kami ni, almeera.
Nak beli sedikit keperluan groceries untuk rumah. Selesai groceries, dah bayar
semua, pekerja al meera offer untuk bantu tolak trolley kami. Ummi biarkan
saja. Dah selesai dia meletakkan barang-barang dalam kereta, ummi pun hulurkan
sedikit tip sebagai tanda terima kasih. Anak-anak melihat ummi dari tadi.
Fawzan : Ummi, memang setiap kali orang
tolong angkat barang kita, kita kena bagi duit kat dia ke?
Ummi : Tak. Ikut suka kita lah, kita nak
bagi ke tak.
Fawzan : Habis tu, kenapa ummi bagi tadi?
Ummi : Ummi bagi sebab Allah kata, kalau
kita tolong orang, Allah akan tolong kita pulak. Bila kita doa, Allah makbul doa
kita.
KakNgah : Ooo..ok, lepas ni kak ngah pun
nak sedekah lah.