Tuesday, November 03, 2009

Abah tak jadi balik

Abah tak jadi balik khamis ni. Plant shutdown le plak. Abah tak dpt balik sebab kena jaga plant. hmm..sayang sungguh abah kat plant. Takpe, abah kerja kuat dpt duit lebih sket kan? boleh simpan duit utk kegunaan di masa akan datang. kot2 umi nak benti kerja setaun dua lagi. Boleh la abah bagi modal utk bisness umi. hihihi.... :)

So, dpt la umi join kak long ihtifal ahad ni. seronok la jgk. bole la amik gambaq kak long byk2. kak ngah pun sama. umi bangga ngan anak2 umi yang pandai ni.

Kita maybe balik jumaat or sabtu minggu depan. Jumaat ni umi nak kena follow up ngan guru besar al amin gombak. nak tahu keputusan samada kak long dpt ditukarkan ke tak. kalu ddapat alhamdulillah. hari2 umi mintak doa kat Allah supaya ALlah bagi yg terbaik kat keluarga kita. kalu pindah ke gombak itu yang terbaik, maka ya Allah, kami mohon semoga permohonan kami diluluskan. tetapi, sekiranya sebaliknya, kami redha dengan ketentuan Mu Ya Allah..

Saturday, October 31, 2009

seminggu lagi...

Seminggu lagi abah balik penang. Pastu, umi, abah & fawzan balik kl dulu tau. Sebab kak long & kak ngah nya ihtifal 8hb ni. So, umi plan, kak long & kak ngan stay ngan tok dulu kat kampung. Week after that umi balik penang, jemput kak long & kak ngah balik kl. Umi & abah kena balik kl dulu sbb nak uruskan sekolah kak long, nak settle kan rumah. Byk lagi barang keperluan yang nak kena beli. Umi harap anak2 umi faham ye.

Tak lama lagi umi dah nak kena kerja. So, anak2 umi kena duduk ngan bibik. Behave tau. Fawzan kecik lagi. So, bibik kena beri perhatian lebih sket kat dia. Anak2 puan umi kena belajar berdikari. Takleh manja2 lagi. Semua benda kalu boleh, belaja buat sendiri. Mandi sendiri, pakai baju sendiri, etc..ok?

Skang ni yang umi risau..process pemindahan sekolah kak long ni. Dpt tukar ke tak..Ya ALlah..Engkau lembutkan hati Guru Besar sek al amin Gombak. Kalu ini yang terbaik bagi keluarga kami, engkau lembutkan hati Guru Besar al amin Gombak untuk meluluskan rayuan kami ni.

Tuesday, October 27, 2009

Hidup lebih berseri dengan kehadiran baby Fawzan Hadif..syukur ALhamdulillah

Fawzan Hadif selamat dilahirkan ke dunia pada 15 sept 2009. Anak lelaki pertama kami. Syukur alhamdulillah kami rafa'kan pada Allah swt di atas nikmat yang dikurniakan ini.

Byk cerita terkini yang nak dituliskan, tp biarlah diringkaskan shj.
Btw, diri ini dibahasakan sebagai umi, supaya blog ini menjadi tatapan anak2 umi bila umi sudah takdak lagi.

1. Umi dah dipindahkan ke KL pada ogos 2009. Susah ooo umi nak mintak pindah. Tp yang sedihnya, abah tak dpt pindah lagi buat masa terdekat ni. So anak2 umi jgn la nakal2 sgt. Kena byk tolong umi sbb abah jauh ngan kita.

2. Skang ni umi ngan abah tgh cari rumah sewa kat area keramat/setiawangsa..tp tak jumpa. Umi kesian kat makcag & pakcik sbb kena buat muka tak malu pi terjah ja tanya org kot2 ada rumah2 kosong yg bole disewa. Tp, takdak yang berkenan. Sekulung terima kasih di atas pengorbanan utk adik depa.

3. Lani umi & abah tengah usaha nak pindahkan kak long ke sek al amin di gombak. kalu dpt pindah, bole la kita stay kat gombak. Area gombak org cakap byk jgk umah sewa & strategik sket.

4. Kak long & kak ngah (dulu adik) dah dpt adik boy..fawzan hadif. Kak long & kak ngah suka sgt nak main ngan fawzan. Kekadang umi naik rimas dan nak marah sbb fawzan bukannya besar lagi. Kalu setakat urut2 kaki, tangan fawzan ka..acan ka..peek a boo ka..ok la..ni cium muka & kepada dia beribu2 kali. Tu yg umi tak berkenan tu. Bukan apa, takut fawzan sakit plak nnti. Kena kuman selsema / batuk.

5. Kak long & kak ngah sekolah kat pasti guar jering skang ni..periksa dah abih. Cikgu kata kak long xnak focus sgt dlm kelas. Buat ujian pun tak abih..umi tahu, kak long tak matured lagi. takpa..moga kak long besar esok, perangai kak long tu berubah. Kak ngah plak, cikgu comment ok..bole focus dlm kelas. Anak2 umi ni nnti besar esok jadi org yg berguna, pejuang agama Allah, dan berbakti pada umi & abah tau..

okla. umi ada keja sket ni. nak p kedai makcag, nak fax surat mintak pindah sekolah kak long.

wassalam

Sunday, June 14, 2009

26 weeks

Fuhh..dah 6 bulan tak terupdate blog ni.
Btw, saya 26 weeks pregnant now. 98 days to go..(according to Lylie's). Dah scan..InsyaAllah it is a boy..:). Moga anak umi ni, bila dah besar kelak menjadi seorang mujahid & pejuang agama Allah yg soleh. Dah besar nnti jaga umi & abah baik2 tau..:)

InsyaAllah, due bulan 9..hari raya. tp disebabkan saya dah 2x c-section, so doc suruh c-sec jugk kali ni. Disebabkan dgn itu, saya kena operate 2 minggu sebelum due date. So, saya pilih 9/9/09 :). Pertengahan bulan Ramadhan. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan bersalin nnti.

Sedikit update kak long & adik

Kak long dah dpt baca magazine ana muslim, iqra' buku 6. Now I have to focus more on her jawi and math. arabic some more. Mudah-mudahan dia dpt buat ujian nnti.

Adik - 24/6 ni akan sambut besday dia yg ke-empat. Very talkative and kelakar..pengubat stress bila balik kerja.

okla..update utk kali ini..

Saturday, January 31, 2009

Sarapan apa?

Hari ni masak bubur..
Kak long & adik tak bapa sehat. Batuk kuang kuang dari mlm semalam..

Mcmana masak bubur? huhuhu..resepi yang paling mudah di dunia ini..

ayam dipotong kecik
beras
halia
garam secukup nya
air secukup nya
semua bahan2 di atas dimasak sampai la menjadi bubur..

bahan2 sampingan: ikan bilis goreng, telur masin, kacang goreng dan bawang goreng untuk menambahkan perisa...

Selamat mencuba.
Note:sukatan tu pandai2 sendiri la..hehehe..

Sunday, January 25, 2009

30 seconds update

My conversation with adik..

Me : Adik..adik anak sapa?
Adik :..adik anak umi lah..

Me : Umi anak sapa?
Adik : umi anak tok..

Me: pandai nya anak umi..(i though it stop there)
Adik : tok anak sapa umi?

Me :...tok anak toknek..
Adik : ..oohh anak toknek

:)

With kak long :

Me : Kak long..this pictures is about getting bigger..big, bigger and biggest.. (sambil tunjuk gambar dlm buku)

Kak Long : Bukan la umi..this one small, medium..big..
Me : Errkk..ok..

:p

Well, both of them like chatter box. Kalu dlm keta, gaduh2 nak cakap dulu.. kene take turns.. penat melayan. But, all of this are wonderful moment for a mother. Though it was tiring but actually not tiring at all!.. teringat lagu lama2 al-arqam dulu..
anak2 adalah cahayamata..penhibur hati,penyejuk mata..nikmat Allah yang paling bahagia..hmm tak ingat dah..amanah Allah yang paling berharga..

Saturday, December 27, 2008

Year End Sale!

Yes..a lot of sale is going on in Dec. Almost every shop offering price discount what so ever, and me is one of the victim..hehehe..sometime cannot just leave the interesting items just like that. Well, today I bought books for my kids, bata shoes for myself, books rack and as for hubby, he bought takasima magnetic bike. Got some free gift. There are 3 choices and my hubby give me a chance to choose and I choose keiser slimming suit..hihiih..hope to be slimmer..

Kak Long already 5 years on 23th dec. No celebration done this year. Just bring them to pizza hut. Have some soup, ice cream and pizza. Not much choice available. No picture was taken.

Monday, November 24, 2008

Birthday kak long--> one month to go!

Refering to Lylie's, kak long now is 4 years, 11 months and 1 day. sebulan lagi, 23 December 2008, kak long cukup 5 tahun. Tahun depan masuk kelas yang 6 tahun, tp sebenarnya dia baru masuk 5 tahun. Alhamdulillah, kak long da pandai baca word2 yang simple i.e. saya baca buku, mana ani, mana siku etc..word yang ada 2 suku kata.

Last week, saya pegi ke labuan attend kursus. Hubby & anak2 pun ikut jgk..tp diaorang balik awal sbb che abang tak dpt cuti lama2. budak2 so excited dgn swimming pool..






Sunday, October 12, 2008

Ucapan dari Pengerusi JKKK dan sekitarnya

Post Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga. Seminggu beraya kat Penang mmg tak cukup..tiap2 hari schedule penuh dengan ziarah..

Kami dah kat Bintulu skang ni..beraya kat Bintulu plak..Rabu ni balik semula ke Melaka for sis in law wedding..



Dari kiri Nurin Dini Nafeesah, Mommy, Daddy & Nurin A'ina.

Wednesday, September 24, 2008

Count Down Days!

Hari ni da 24 ramadhan..masyaAllah..cepat sungguh masa berlalu. Sabtu ni kami sekeluarga akan balik ke Penang. Tak sabar rasanya nak pulang ke kampung halaman yang tercinta. Tak sabar nak packing barang..Tak sabar nak jumpa mak & abg2 & kakak2 & anak2 menakan..Tahun ni beraya kat Penang pula. Tahun2 sebelum ni beraya kat Melaka..

Aina & Dini pun tak sabar2 nak balik Penang nak jumpa tok.

Monday, September 15, 2008

T-Shirt Labuh Muslimah

Untuk pengetahuan pembaca semua, sekarang saya menjual t-shirt labuh untuk muslimah di sekitar bintulu. Sila layari Your Hijab untuk melihat stock T-Shirt labuh muslimah yang ada. Thank you!

Keracunan Makanan

Semalam kak long & adik kene food poisoning. Muntah2 and cirit birit. Sian depa..tak sempat nak amik gambaq depa terlentuk keletihan sbb muntah2..makan je kuar balik..dari tghari smpai ke malam muntah2..alhamdulillah hari ni dah ok dah..tp keletihan laa..dan mungkin sbb ubat jgk kot..

Hari ni dah masuk hari ke 15 ramadhan..dah setengah bulan..sekejap saja rasanya..hmm..pastu nanti raya..

okla sambung lagi..nak p sembahyang terawikh..

Sunday, August 31, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Selamat Datang Ramadhan yang ditunggu..Moga Ramadhan aku kali ini lebih baik dr Ramadhan yang lepas..

.........

Last 2 weeks bawak budak2 pegi mandi kolam kat miri..nak tunjuk kat makcag, aina punya skill berenang..dengan float of course le..adik sampai sudah takut..asik berkepit je. dia main kat kolam budak2 je lah..hihihi..enjoy

Saturday, August 02, 2008

Update!Update!





Just nak post picture masa balik penang hari tu. Sempat sambut birthday adik kat umah baru makcag dia.

Monday, May 19, 2008

Wajah Baru..



Selamat melayari blog saya yang berwajah baru..
Takde apa yang nak diupdatekan..cuma nak letak gambar my children main skate yang dihadiahkan oleh abahnya..

Saturday, May 17, 2008

Lamanya...

Ye..dah lama tak menulis. sebenarnya lepas maid takde, mcm biase lah..kehidupan dunia menjadi lebih sibuk.menjadi seorang pekerja di sebuah syarikat..dan pada masa yang sama menjadi surirumah sepenuh masa..amal utk akhirat pun makin berkurang .. hmm..

alhamdulillah, hari ini..saya telah berjumpa dengan maid baru. mudah-mudahan yang kali ini baik bekerja,jujur, amanah dan baik dengan anak2 saya. Hari ni dia baru start bekerja. Dia tak berapa cekap bekerja..sbb blom ada experience..saya kene ajar semuanya..tp takpa, biarlah dia belajar perlahan2..asalkan dia dpt menjaga anak2 saya dengan baik semasa saya bekerja, itu sudah cukup.

Dengan Izin Allah..maka lepas ni senang la sikit saya nak memberi tumpuan pada pelajaran anak2 saya..dan juga pada aktiviti2 Islam di luar yang mana memerlukan khidmat saya..

Sekian..update saya setakat ini..

Tuesday, April 15, 2008

Home Alone...

A lot of things happen for the last few days which I want to tell all of you..

Last week, my maid was confirmed pregnant by Doc. I would say, she is bunting pelamin. Patut lah tak bermaya je saya tgk die bekerja sejak kebelakangan ni. So, for her safety and health, I've sent her to Miri last Saturday..her husband is working there and would take a good care of her.Well..moga Allah permudahkan urusan my maid.

And, my husband went off to KL for 2 weeks on the following day, i.e Sunday. So, tinggallah kami 3 beranak kat Bintulu. Banyak menda nak kena fikir/arrange after my maid takde ni esp tempat saya nak tinggalkan my kids during our working days. After several discussions, we decide to place our kids together at one kindy. So, senang nak antar and pick up. Tapi sian lah budak2 tu..dari pagi sampai ke petang kat sekolah..hmm..

I feels like a superwoman right now. Bangun awal pagi buat breakfast utk bekal anak2 ke sekolah, pastu sidai baju, sapu sampah, buang sampah, siram pokok bunga, siapkan budak2 ke sekolah,antar pegi sekolah, pegi keja, balik kerja, dinner (setakat ni menapau je lah..hehehe)..pastu ajar aina & adik iqra', pastu tido...esok nya rutin seperti biasa..

To be continued...

Monday, April 07, 2008

Adik Sakit


Ni gambar adik yang tak bermaya....


Mulut adik yang menebal dipenuhi ulcer...




Kak Long yang cuba menceriakan adiknya yang takdak mood..