Semalam, hari ni dan esok kak long ada exam. Kak long sekarang di
Year 6 dan sebelum berakhirnya term terakhir ini (term yang akhir ni
akan berakhir pada end of June), semua pelajar year 6 kena ambil Primary
Check Point yang maksu kira untuk assess setakat mana tahap kefahaman
budak-budak selama berada di Primary school. Kertas-kertas soalan ni
dikeluarkan dari Cambridge dan akan dimark oleh external parties di
Cambridge, UK. Result akan di hantar balik pada June ini. Wahh...nebes
maksu tau...
Kalau nak tahu lebih details lagi pasal Primary Check Point ni boleh check kat link ni
http://www.cie.org.uk/programmes-and-qualifications/cambridge-primary/cambridge-primary-checkpoint/
Maksu
nak bagi tip sikitlah kat korang semua antara tips-tips yang mak mak
boleh buat sebagai usaha nak bantu anak-anak menghadapi exam.
1.
Sebelum exam, pastikan anak-anak dapat rehat yang secukupnya. Lagi
sehari nak exam, pastikan anak-anak dapat tidur yang cukup. Jangan dok
paksa depa study sampai larut malam pulak. Jatuh sakit anak
tu...haaa..langsung tak dapat buat exam.
2.
Hari-hari bantu anak-anak dengan memberi kata-kata positif dan semangat
supaya anak-anak yakin dengan diri sendiri. Jangan dok rasa was was
dengan kemampuan anak-anak pulak. Jangan sesekali dok rasa
iishhh...boleh ka anak aku buat exam ni. Ataupun dok pi kata kat dia
pulak..."Hang ni...boleh buat ka ni exam esok?" Tapi sebaliknya kata
macam ni kat anak "Aina mesti boleh buat exam ni, insyaAllah"
Antara kertas-kertas soalan yang maksu download |
3.
2-3 hari sebelum exam, download past question dan mark scheme. Maksu
lega sebab dalam website banyak ada simpan past-past question dengan
mark scheme sekali. Alhamdulillah. Maksu download soalan-soalan dan bagi
kat kak long buat. Maksu mark based on mark scheme and discuss dengan
kak long apa yang salah. Rasa macam cikgu pulak maksu 2-3 hari nih.
Lepas exam hari pertama, Kak long bagitau discussion dengan ummi on past
question banyak membantu dia menjawab soalan, alhamdulillah.
4. Buatkan jadual exam untuk anak. Macam maksu, maksu suruh kak long buat sendiri.
5. Jangan bagi anak stress dengan harapan mak ayah. Just bagi harapan supaya anak-anak dapat buat yang terbaik.
Dapat A atau B atau C dan lain lain bukanlah kayu ukur kemana anak-anak
kita bila besar nanti. Yang penting mereka soleh dan berbakti pada mak
ayah.
6. Sebagai seorang mak, doa yang baik-baik saja
untuk anak. Jangan putus-putus. Dalam solat, lepas solat, mintak kat
Allah. Mak maksu selalu bagi tips kat maksu cara dia tolong maksu dan
adik beradik yang lain masa exam. Mak maksu tak sempat belajar pandai
sampai peringkat sekolah menengah, tapi mak maksu bijak! Mak tak dapat
nak tolong ajar buat homework, tolong download kertas-kertas soalan,
tapi apa yang Mak buat, Mak akan berpuasa pada hari kami adik beradik
exam dan baca surah Yassin. Alhamdulillah, berkat doa mak, kami adik
beradik dah menjadi orang berjaya sekarang. Terima kasih Mak...Luv U.
7.
Pastikan anak-anak mendapat nutrisi dari pemakanan yang baik.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah usaha jangka pendek, tapi ianya adalah
satu usaha jangka panjang. Nutrisi yang baik dapat memberikan kesihatan
minda dan fizikal pada anak-anak supaya lebih fokus semasa pembelajaran.
Kalau selalu sakit, macamana anak-anak nak belajar dengan baik bukan?
Maksu pastikan anak-anak maksu mendapat nutrisi dari pemakanan harian
yang maksu masak sendiri dan sebagai makanan tambahan, maksu amalkan Set Kanak-Kanak dari Shaklee, alhamdulillah. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t
InsyaAllah,
mudah-mudahan tips yang tak seberapa ini membantu mak mak dalam
menghadapi anak-anak yang exam. Lagi-lagi exam yang high level.
Kadang-kadang anak rilek aje, tapi yang over gelabahnya mak. Macam mak
pulak yang nak ambil exam. Hihihi..
Ok, Wassalam
Ilal liqa'
Maksu Yang Bercerita, Hangpa Baca
No comments:
Post a Comment