Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

Mesej Sebenar Lagu Kun Anta : Hayati Liriknya

Maksu ni sebenarnya memang suka nasyid zaman muda muda dulu..bermula dengan zaman Nada Murni lagi, sampai di komersialkan dengan Raihan, Rabbani, Nowseeheart, The Zikr..haa sebut saja, semua maksu tau. Kat rumah bertape-tape album nasyid dok ada. Lani ntah mana pi pun tak tau.

Bila dah tua-tua ni dah sedar diri sikit..dah tak amik kisah sangat perkembangan nasyid kat Malaysia. Tapi baru-baru ini maksu terdengar nasyid Kun Anta ni, best pulak. Selalunya maksu tak berapa suka sangat lagu arab, tapi bila perhatikan liriknya yang menarik dan chorus yang cantik, maksu dah jatuh cinta..ehh..jangan salah paham pulak. Bukan dengan penyanyi nya yaaa...dengan lirik dan melodi nya sahaja.