Wednesday, December 23, 2015

Surat Untuk Kak Long Sempena Birthday Kak Long ke 12

Assalamua’laikum Kak Long,

Selamat hari lahir yang ke 12. Umi,  Abah, Kak Ngah ,Fawzan dan Falisha doakan agar Kak Long berjaya dalam apa jua bidang yang Kak Long akan ceburi nanti. Berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat.  Semoga Kak Long menjadi anak yang solehah, jaga solat, jaga adab, jaga akhlak, jadi contoh kepada adik-adik dan berjaya di dunia dan juga akhirat.

Umi takdak hadiah yang special nak bagi kat Kak Long, tapi Umi nak hadiahkan kat Kak Long cerita pengalaman Umi masa Umi bersalinkan Kak Long supaya Kak Long ingat sampai bila-bila. 

12 tahun yang lalu, pada waktu yang sama ketika ini Umi dan bersiap-siap nak ke Operation Theather untuk potong perut (in medical term we call it Ceaser) keluarkan Kak Long.  Umi nervous sangat. First time masuk Operation Theater. Allah saja yang tahu. Bila dah ready semua, Umi baring atas katil dalam bilik Operation tu. Macam-macam yang Umi fikir. Macam-macam doa Umi baca supaya Allah mudahkan Umi bersalinkan Kak Long. Kemudian Doktor tutup mulut dan hidung Umi macam Kak Long selalu kena pam masa Kak Long kena athma tu. Lepas Umi kena pam dengan ‘Gas Tidur’, Umi terus pengsan tak sedar. Masa tu lah doktor potong perut Umi. Lepas tu Umi sedar nurse dok tampar-tampar pipi Umi sambil panggil-panggil nama Umi. Masa tu Umi terus rasa perut Umi dengan tangan Umi. Ohh perut Umi dah flat. Hehehe… Ya lah rasa pelik sebab 9 bulan Kak Long dok dalam perut Umi, lepas tu Kak Long dah keluar. Umi nak sangat tengok Kak Long masa tu. Nak dukung Kak Long tapi tak boleh. Umi rasa pedih sangat kat perut Umi. Allah saja yang tahu.  

Umi tak dapat terus pegang Kak Long. Lepas tu doctor bagi Umi ubat tidur lagi sebab takut Umi tak tahan sakit. Malam tu Umi bangun tidur, Umi rasa sakit sangat kepala. Mungkin kesan bius masa Ceaser tu. Lepas tu rasa sakit lagi kat perut. Sakit nya..Abah panggilkan nurse. Nurse cucuk ubat kat tangan Umi, lepas tu Umi rasa macam Umi terbang…lepas tu terus tidur. Seronok sangat ubat tu. Umi rasa senang sangat nak tidur. Hehehehe…

Esok pagi tu baru lah Umi dapat tengok Kak Long..dukung Kak Long. Alhamdulillah…comel sangat Kak Long… Lepas 3 hari kita kat hospital, kita dah boleh balik rumah tok. Abah dah nak kena balik Bintulu sebab kerja. So tinggal kita berdua dengan tok.


Nak dengar sambungan lagi ke? Nanti2 lah Umi tulis lagi hehehe…

Saturday, May 23, 2015

Manisnya bersedekah


Hari ni lepas balik dari kelas agama, ummi singgah sebentar di supermarket yang baru siap dekat rumah kami ni, almeera. Nak beli sedikit keperluan groceries untuk rumah. Selesai groceries, dah bayar semua, pekerja al meera offer untuk bantu tolak trolley kami. Ummi biarkan saja. Dah selesai dia meletakkan barang-barang dalam kereta, ummi pun hulurkan sedikit tip sebagai tanda terima kasih. Anak-anak melihat ummi dari tadi.

Fawzan : Ummi, memang setiap kali orang tolong angkat barang kita, kita kena bagi duit kat dia ke?

Ummi : Tak. Ikut suka kita lah, kita nak bagi ke tak.

Fawzan : Habis tu, kenapa ummi bagi tadi?

Ummi : Ummi bagi sebab Allah kata, kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita pulak. Bila kita doa, Allah makbul doa kita.

KakNgah : Ooo..ok, lepas ni kak ngah pun nak sedekah lah.

Tuesday, May 05, 2015

Pengalaman Sehari "NO Screens" bersama Si Comel

Korang pernah dengar kan too many screens (TV, iPad, Phone and all other gadget)  are bad for kids kan? Maksu ni dah mula risau bila tengok falisha (2 tahun setengah)  dah macam ketagih dengan youtube. Bangun pagi mesti mintak nak tengok ABC song sampai dia dah kenal semua huruf abc sampai z, 1 to 10...semua object yang relate dengan ABC-Z semua dia dah kenal dan boleh sebut. 

But what worries me is after reading articles in the internet that, kids with too many screens will less focus in the class, less creative, kurang motor skill etc. Sebenarnya maksu ada pengalaman sendiri dengan kak long. Masa kak long was toddler (now she 11 already) that time and maksu bekerja.  Kaklong di jaga oleh pembantu rumah. Setahu maksu, Kak long memang membesar bersama-sama disney channel. TV sajalah yang boleh mendiamkan kaklong sementara bibik buat kerja-kerja rumah. Bila kaklong mula masuk tadika, cikgu komplen yg kaklong tak boleh focus dalam kelas dan bermain dengan imaginary friend dia saja di belakang kelas.  Itu dululah, tapi sekarang...alhamdulillah...dah besar panjang pun. Perangai lain pulak yang muncul. Tapi maksu kadang-kadang boleh notice lah dia masih boleh duduk diam dan berangan sorang-sorang. 

Thursday, April 30, 2015

Mesej Sebenar Lagu Kun Anta : Hayati Liriknya

Maksu ni sebenarnya memang suka nasyid zaman muda muda dulu..bermula dengan zaman Nada Murni lagi, sampai di komersialkan dengan Raihan, Rabbani, Nowseeheart, The Zikr..haa sebut saja, semua maksu tau. Kat rumah bertape-tape album nasyid dok ada. Lani ntah mana pi pun tak tau.

Bila dah tua-tua ni dah sedar diri sikit..dah tak amik kisah sangat perkembangan nasyid kat Malaysia. Tapi baru-baru ini maksu terdengar nasyid Kun Anta ni, best pulak. Selalunya maksu tak berapa suka sangat lagu arab, tapi bila perhatikan liriknya yang menarik dan chorus yang cantik, maksu dah jatuh cinta..ehh..jangan salah paham pulak. Bukan dengan penyanyi nya yaaa...dengan lirik dan melodi nya sahaja.

Tuesday, April 21, 2015

Anak Nak Exam, Mak Yang Gelabah? Apa yang Mak boleh bantu?

Semalam, hari ni dan esok kak long ada exam. Kak long sekarang di Year 6 dan sebelum berakhirnya term terakhir ini (term yang akhir ni akan berakhir pada end of June), semua pelajar year 6 kena ambil Primary Check Point yang maksu kira untuk assess setakat mana tahap kefahaman budak-budak selama berada di Primary school. Kertas-kertas soalan ni dikeluarkan dari Cambridge dan akan dimark oleh external parties di Cambridge, UK. Result akan di hantar balik pada June ini. Wahh...nebes maksu tau... 

Saturday, June 26, 2010

Wah, lamanya umi tak cerita ceritu kt sini. Bz la melayan karenah anak2 umi ni. Esp kak ngah yg selalu sgt nkkan perhatian. Maafkan umi sbb slalu marah2 kak ngah. Kak ngah selalu sgt mengada2. Umi tau sbb kak ngah jeles kat fawzan kan? Bila kak ngah dah besar umi esok, kak ngah akan faham situasi yg umi hadapi skang. Abah masih xdpt pindah. Xtahula bila masa n ketika dpt kita bersatu blk ngan abah. Xpa abah n umi dah ada plan. Saat dab ketika ni pn umi n abah ada kerja kat luar sket tgh mencuba nasib sbg perancangan masa depan.

Kak long br abis amik exam penggal pertama. Alhamdullillah semua A kecuali bahasa arab dpt B. Anak2 umi semua pandai2. Besar esok jgn pndai akademik je, kena pandai bawak diri, jaga agama, n menjadi mujahid n mujahidah ye. Insyaallah.
Fawzan plak dah pandai berdiri. Yg sorg ni plak mcm2 telatah dia. Buat penawar hati umi tika rindu kt abah.. Oklah. Stop sini dulu. Nnti umi smbng lagi..

Thursday, January 07, 2010

Kak long first day at school

Kak long..umi so proud of you. dah besar dah..dah masuk darjah satu. Umi amik cuti seminggu tgk kak long pegi dan balik dr sekolah sbb kak long naik van. Umi tak dpt nak anta dan amik kak long mcm kak long sekolah tadika dulu. Umi nak make sure kak long pandai cari van yg betul, umi dan abah jadi mcm inspector polis lak dok pantau kak long dari jauh..hati2 ya anak umi. Kak long kena belajar berdikari..