Wednesday, December 23, 2015

Surat Untuk Kak Long Sempena Birthday Kak Long ke 12

Assalamua’laikum Kak Long,

Selamat hari lahir yang ke 12. Umi,  Abah, Kak Ngah ,Fawzan dan Falisha doakan agar Kak Long berjaya dalam apa jua bidang yang Kak Long akan ceburi nanti. Berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat.  Semoga Kak Long menjadi anak yang solehah, jaga solat, jaga adab, jaga akhlak, jadi contoh kepada adik-adik dan berjaya di dunia dan juga akhirat.

Umi takdak hadiah yang special nak bagi kat Kak Long, tapi Umi nak hadiahkan kat Kak Long cerita pengalaman Umi masa Umi bersalinkan Kak Long supaya Kak Long ingat sampai bila-bila. 

12 tahun yang lalu, pada waktu yang sama ketika ini Umi dan bersiap-siap nak ke Operation Theather untuk potong perut (in medical term we call it Ceaser) keluarkan Kak Long.  Umi nervous sangat. First time masuk Operation Theater. Allah saja yang tahu. Bila dah ready semua, Umi baring atas katil dalam bilik Operation tu. Macam-macam yang Umi fikir. Macam-macam doa Umi baca supaya Allah mudahkan Umi bersalinkan Kak Long. Kemudian Doktor tutup mulut dan hidung Umi macam Kak Long selalu kena pam masa Kak Long kena athma tu. Lepas Umi kena pam dengan ‘Gas Tidur’, Umi terus pengsan tak sedar. Masa tu lah doktor potong perut Umi. Lepas tu Umi sedar nurse dok tampar-tampar pipi Umi sambil panggil-panggil nama Umi. Masa tu Umi terus rasa perut Umi dengan tangan Umi. Ohh perut Umi dah flat. Hehehe… Ya lah rasa pelik sebab 9 bulan Kak Long dok dalam perut Umi, lepas tu Kak Long dah keluar. Umi nak sangat tengok Kak Long masa tu. Nak dukung Kak Long tapi tak boleh. Umi rasa pedih sangat kat perut Umi. Allah saja yang tahu.  

Umi tak dapat terus pegang Kak Long. Lepas tu doctor bagi Umi ubat tidur lagi sebab takut Umi tak tahan sakit. Malam tu Umi bangun tidur, Umi rasa sakit sangat kepala. Mungkin kesan bius masa Ceaser tu. Lepas tu rasa sakit lagi kat perut. Sakit nya..Abah panggilkan nurse. Nurse cucuk ubat kat tangan Umi, lepas tu Umi rasa macam Umi terbang…lepas tu terus tidur. Seronok sangat ubat tu. Umi rasa senang sangat nak tidur. Hehehehe…

Esok pagi tu baru lah Umi dapat tengok Kak Long..dukung Kak Long. Alhamdulillah…comel sangat Kak Long… Lepas 3 hari kita kat hospital, kita dah boleh balik rumah tok. Abah dah nak kena balik Bintulu sebab kerja. So tinggal kita berdua dengan tok.


Nak dengar sambungan lagi ke? Nanti2 lah Umi tulis lagi hehehe…

4 comments:

Anonymous said...

Besday kita patutnya kitalah yg bg hadiah kat mak kita sbb terima kasih susah payah melahirkan kita...��

Laura K. Pitts said...

I'm appreciate your writing skill.Please keep on working hard

clipping path service

Robert smith said...



I m so glad to visit this blog.This blog is really so amazing

clipping path service

Photo Retouching Services
raster to vector conversion service

David Millar said...


Absolutely unique and fine piece of information.
Photo Retouching Services